Ihya Ramadan : Jom Mengaji@Nadi
1 Mac 2026 | Aktiviti TerkiniPada 28 Februari 2026, telah berlangsung Program Ihya Ramadan : Jom Mengaji@NADI yang dihadiri seorang peserta. Program ini dijalankan bermula pada jam 09.30 pagi hingga 10.30 pagi.
Program ini merupakan sesi tadarus Al-Quran dan penguasaan tajwid bersama ustaz jemputan, Ustaz Azam Din. Turut diselitkan sekali sesi tazkirah ringkas di Bulan Ramadan untuk penghayatan para peserta yang mengikuti program ini secara atas talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: